Home Semasa Kumpulan pertama pekerja Bangladesh tiba di Malaysia

Kumpulan pertama pekerja Bangladesh tiba di Malaysia

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan memaklumkan, Malaysia menerima kemasukan kumpulan pertama pekerja warga Bangladesh, semalam.

Beliau berkata, kemasukan itu adalah susulan daripada Memorandum Persefahaman (MoU) Mengenai Penggajian Pekerja Warga Bangladesh yang ditandatangani Malaysia dan Bangladesh pada 19 Disember 2021.

“Ketibaan para pekerja ini disambut Pesurujaya Tinggi Bangladesh di Malaysia dan kumpulan pekerja ini akan digajikan untuk sektor pembuatan,

“Sehubungan dengan itu, pekerja warga Bangladesh dijangka masuk ke Malaysia secara berperingkat mulai hari ini (semalam),” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, Suruhanjaya Tinggi Bangladesh pada minggu lepas telah mengesahkan permohonan daripada 80 majikan tempatan yang melibatkan penggajian seramai 6,000 warga Bangladesh.

“Bagi para majikan yang telah membuat bayaran levi kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan bercadang untuk menggajikan pekerja warga Bangladesh boleh memohon pengesahan penggajian serta dokumentasi seperti kontrak pekerjaan dan pesanan kerja ke Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply