Home Semasa ADUN Tronoh didapati bersalah rogol pembantu rumah

ADUN Tronoh didapati bersalah rogol pembantu rumah

by Nurulhuda

IPOH, 27 Jul – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya pada 2019.

Hakim Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Beliu berkata, mahkamah mensabitkan tertuduh dengan kesalahan sebagaimana dikenakan terhadapnya mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Pada 7 Julai 2019, Yong didakwa merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park antara 8.15 hingga 9.15 malam.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply