Home Semasa Himpunan #Turun : Polis kenal pasti 30 individu

Himpunan #Turun : Polis kenal pasti 30 individu

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Jul – Polis mengenal pasti 30 individu yang terlibat Himpunan #Turun Harga Barang yang diadakan di hadapan kompleks Sogo, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua individu tersebut akan dipanggil polis bagi membantu siasatan dalam masa terdekat.

Menurut Noor Dellhan, perhimpunan yang diadakan tidak mematuhi peruntukan undang-undang.

“Hasil pemerhatian yang dibuat, didapati kira-kira 100 individu terdiri daripada mahasiswa dan ahli politik berhimpun sambil memegang plakad bertulis ‘potong gaji menteri’, ‘turun dan lawan’ serta lain-lain,

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggari undang-undang.

Katanya, tindakan tegas akan diambil di bawah peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa.

Semalam, kira-kira 100 individu berhimpun bagi mengulangi 5 tuntutan terhadap kerajaan di hadapan Kompleks Sogo. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply