Home Pertahanan dan Keselamatan Kapal TLDM usir 8 bot nelayan asing ceroboh perairan negara

Kapal TLDM usir 8 bot nelayan asing ceroboh perairan negara

by Air Times News Network

LUMUT, 24 Jul – Kapal Diraja (KD) Laksamana Hang Nadim milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya mengusir 8 buah bot nelayan asing (BNA) ceroboh Pulau Perak, semalam.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat berkata, Control Reporting Center (CRC) Kuantan telah memberi maklumat kepada Pusat Operasi Armada (POA) Barat berkenaan pengesanan 8 BNA melalui Pesawat CL 415 MP milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“KD Laksamana Hang Nadim telah diaturgerakkan ke lokasi berkenaan sejurus menerima maklumat dan mengesahkan kedudukan BNA tersebut berada dalam posisi yang diberikan,

“KD Laksamana Hang Nadim telah melaksanakan pengusiran kesemua BNA sehingga keluar meninggalkan sempadan perairan negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, penyaluran maklumat yang pantas telah berjaya mematahkan bot tersebut yang melanggar undang-undang dan menceroboh kedaulatan perairan negara.

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman melibatkan kedaulatan negara dan sentiasa memperkasakan rondaan bagi memastikan kedaulatan serta khazanah negara kekal terpelihara,” tegasnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply