Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera Darat cekup 7 PATI Indonesia sembunyi dalam semak

Tentera Darat cekup 7 PATI Indonesia sembunyi dalam semak

by Air Times News Network

SUNGAI RENGGIT, 24 – Hasrat 7 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia ceroboh masuk Malaysia tidak kesampaian, apabila mereka ditahan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di Kampung Sungai Renggit, pagi semalam.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) berkata, Tim Quick Reaction Force (QRF) membuat rondaan pada jam 07.00 pagi dan berjaya mengesan pendaratan PATI dikawasan perkampungan tersebut.

“Pada jam 7.40 pagi QRF berjaya mengesan 7 orang lelaki yang disyaki PATI sedang bersembunyi di dalam semak,

“Kesemua PATI yang berjaya ditahan berusia antara 26 hingga 42 tahun talah dibawa ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk proses pemeriksaan dan dokumentasi,” katanya

Jelasnya, nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM6,995 melibatkan matawang Malaysia bernilai RM919.00, matawang Indonesia IDR3,276,500 (RM976.00), 8 buah telefon bimbit pelbagai jenama bernilai RM4950.00, 2 unit jam tangan bernilai RM100.00 dan seutas gelang tangan perak bernilai RM50.00.

“Kesemua meraka telah membuat ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Sungai Rengit dan hasil ujian saringan mendapati kesemua negatif,

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai dan kesemua PATI telah diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia, Johor Bahru,” ujarnya.

Dalam pada itu, Tim QRF dan Tim Dron Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta bantuan dari pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus menjejak kemungkinan ada saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply