Home Semasa COVID-19: SOP akan diperketat jika kes terus meningkat – Khairy

COVID-19: SOP akan diperketat jika kes terus meningkat – Khairy

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=a283AuO40dc[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 19 Jul – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan, kerajaan akan mempertimbang untuk mengetatkan semula prosedur operasi standard (SOP) sekiranya kes COVID-19 terus meningkat di dalam negara.

Beliau berkata, kerajaan bagaimanapun berharap rakyat terus patuh pada pematuhan SOP yang diguna pakai sejak menghadapi pandemik berkenaan.

“Cukup setakat beri peringatan kepada orang ramai untuk terus patuh dengan SOP yang masih ada, pakai pelitup muka di kawasan tertutup,

“Namun, sekiranya kes meningkat, kerajaan perlu buat keputusan pertimbang sama ada nak ketatkan atau tidak,

“Tetapi, saya harap pematuhan secara sukarela dapat dimantapkan tanpa ada paksaan atau penguat kuasa melalui undang-undang yang dipakai sejak 2 tahun yang lalu,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Sabri Azit (PAS-Jerai) yang menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk mengetatkan kembali SOP berikutan kes penularan COVID-19 yang kini semakin meningkat.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 COVID-19 ke hospital awam meningkat sebanyak 33 peratus bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-28 tahun 2022 (ME 28/2022). -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply