Home SemasaGlobal Pesawat T-50i Golden Eagle milik TNI-AU terhempas di Jawa Tengah

Pesawat T-50i Golden Eagle milik TNI-AU terhempas di Jawa Tengah

by Air Times News Network

JAKARTA, 19 Jul – Pesawat latihan milik Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI AU) disahkan terhempas di Desa Nginggil, Kecamatan Kradenan, Blora, Jawa Tengah, malam tadi.

Kompas melaporkan, pesawat tersebut terhempas ketika melakukan Latihan Pemintasan Malam (Night Intercept Exercise).

Pesawat bernombor TT-5009 diterbangkan oleh Leftenan Allan Safitra Indra Wahyudi daripada 15 Skuadron berlepas dari Pangkalan Udara Iswahjudi, Magetan, Jawa Timur, kira-kira jam 18.24 WIB (waktu Indonesia Barat).

Ketua Penerangan Pangkalan Tentera Udara Iswahjudi, Kapten Sus Yudha Pramono berkata, pesawat itu terputus hubungan selepas berlepas dari Pangkalan Udara Iswahjudi sekitar 18.24 WIB dan terputus hubungan sekitar jam 19.25 WIB.

Menurut Kompas, TNI-AU mengesahkan juruterbang pesawat tersebut iaitu Leftenan Allan Safitra Indra Wahyudi terkorban dalam nahas tersebut. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply