Home Semasa Agong, Permaisuri hadir majlis graduasi anakanda di United Kingdom

Agong, Permaisuri hadir majlis graduasi anakanda di United Kingdom

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 19 Jul – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat menghadiri majlis graduasi anakanda berdua di Kampus Royal Holloway, University of London di Egham, Surrey, United Kingdom, semalam.

Istana Negara dalam hantaran media sosialnya berkata, dalam majlis tersebut Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan barisan pemimpin tertinggi universiti tersebut.

“Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kriminologi and Sosiologi,

“Manakala Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pula telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dan Perakaunan,” katanya.

Turut berangkat anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda, Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Tambahnya, Universiti of London, kini tersenarai dalam 25 universiti terbaik di United Kingdom (The Guardian University League Table, 2022) yang dirasmikan pada 30 Jun 1886 oleh Baginda Ratu Victoria. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply