Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Latihan Perang Borneo medan uji kesiagaan, keupayaan Armada Timur

Latihan Perang Borneo medan uji kesiagaan, keupayaan Armada Timur

by Nurulhuda

SANDAKAN, 17 Jul – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksanakan Latihan Perang Borneo siri 6/22 bagi memastikan aset Armada Timur mencapai tahap optimum dalam pengoperasiannya di perairan Sandakan pada 14 hingga 15 Julai lalu.

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Wilayah Laut 2 dalam kenyataan berkata, latihan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Markas Pemerintahan Armada Timur dalam menguji tahap kesiagaan dan keupayaan aset serta warga melaksanakan tugas semasa menghadapi situasi konflik maritim yang dibangunkan menerusi eksesais tersebut.

Jelasnya, Latihan Perang Borneo ini melibatkan 6 buah kapal TLDM iaitu KD SELANGOR, KD KELANTAN, KD SUNDANG, KD SRI INDERA SAKTI, KD KERIS dan KD TODAK.

“Latihan ini turut melibatkan aset dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu pesawat HAWK,

“Pelbagai siri latihan telah berjaya dilaksanakan meliputi aspek latihan navigasi, peperangan permukaan, peperangan udara, peperangan elektronik, komunikasi dan ilmu kelautan,

“Fokus utama latihan ialah penembakan meriam ke atas sasaran permukaan melibatkan semua kapal yang menyertai eksesais ini,” jelas kenyataan itu.

Markas Wilayah Laut 2 turut menjelaskan, latihan berterusan TLDM di Zon Maritim Malaysia (ZMM) terutamanya di perairan Sandakan membuktikan komitmen TLDM bagi mempertahankan kedaulatan maritim negara melalui show of presence pada skala besar secara berterusan. -airtimes.my

Galeri gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply