Home Semasa Waris kesultanan Sulu rampas AS$2 bilion aset Petronas

Waris kesultanan Sulu rampas AS$2 bilion aset Petronas

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 12 Jul – Waris Kesultanan Sulu sebelum ini menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia dilaporkan berjaya merampas 2 anak syarikat Petronas yang diperbadankan di Luxembourg.

Menurut laporan Financial Times yang berpangkalan di London berkata, peguam pihak menuntut merampas Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus dilaporkan bernilai AS$2 bilion (RM8.9 bilion).

Peguam tersebut berkata, bailif di Luxembourg merampas syarikat induk bagi mewakili waris kesultanan sulu tersebut pada Isnin.

Keturunan Sultan Sulu terakhir, Sultan Jamalul Kiram II, menuntut jumlah amat besar sebagai pampasan daripada Malaysia berikutan proses timbang tara.

Peguam yang bertindak bagi waris telah memohon agar Luxembourg merampas aset tersebut bagi menguatkuasakan keputusan timbang tara yang mereka peroleh di Perancis dengan mengarahkan Malaysia membayar AS$14.9 bilion kepada keturunan Sultan Sulu.

Pada 2017, keturunan kesultanan Sulu memulakan tindakan undang-undang untuk pampasan atas pajakan 1878 untuk tanah di Sabah yang telah ditandatangani dengan sebuah syarikat perdagangan British.

Pada Februari, penimbang tara Dr Gonzalo Stampa mendapati bahawa Malaysia melanggar perjanjian 1878 dan mengarahkan negara itu membayar pampasan, yang enggan diakui.

Terdahulu, pada 3 Mac 2022, kerajaan Malaysia telah memfailkan permohonan bagi membatalkan Final Award berhubung isu tuntutan pihak mengaku sebagai waris Sultan Sulu di Mahkamah Arbitari Paris, Perancis dalam memastikan kedaulatan dan kepentingan Malaysia terpelihara. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply