Home Pertahanan dan Keselamatan KPDNHEP serbu stor haram sorok minyak diesel bersubsidi

KPDNHEP serbu stor haram sorok minyak diesel bersubsidi

by Air Times News Network

SEREMBAN, 12 Jul – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi yang beroperasi di sebuah stor haram di Jalan Jambu, Kampung Baru Sungai Nipah, Port Dickson, hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Negeri Sembilan, Abd Muis Samsudin berkata, serbuan yang dijalankan pada jam 1.15 petang itu telah menemukan 2 buah lori tangki dalam keadaan mencurigakan di kawasan terbabit bersama hos bagi tujuan penyeludupan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kira- kira 15,000 liter minyak diesel di dalam kedua-kedua lori tangki berkenaan,

“Semakan awal juga mendapati premis yang diserbu tidak mempunyai lesen sah atau dokumen kebenaran daripada pengawal bekalan untuk menjalankan urusan barang kawalan bersubsidi,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Tambahnya lagi, nilai keseluruhan rampasan termasuk aset serta peralatan yang digunakan berjumlah RM92,250.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, stor terbabit telah giat beroperasi sebagai tempat penyimpanan sejak 6 bulan yang lepas. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply