Home Teknologi Pertahanan Tentera Udara Amerika Syarikat terima sistem persenjataan laser untuk jet pejuang

Tentera Udara Amerika Syarikat terima sistem persenjataan laser untuk jet pejuang

by M.Daim

WASHINGTON, 12 Jul – Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) dilaporkan telah menerima sistem persenjataan laser pertamanya, hari ini.

Sistem persenjataan laser yang dikenali sebagai LANCE telah dihasilkan oleh Lockheed Martin dan diserahkan kepada Makmal Kajian USAF.

Menurut laporan Breaking Defence and The Drive, penyerahan telah dilakukan pada Februari lalu.

LANCE merupakan sistem persenjataan yang dirancang untuk digunakan pada pesawat bagi mengekang ancaman peluru berpandu pertahanan udara.

“Pembangunan LANCE dilaksanakan selepas satu kontrak dimeterai pada November 2017 dan ianya merupakan sebahagian daripada program SHiELD,

“Program ini telah mengembleng usahan antara Lockheed Martin, Boeing dan Northrop Grumman,” lapor The Drive.

Jelasnya, Lockheed Martin akan mereka bentuk dan hasilkan sistem persenjataan laser. Boeing pula dipertanggungjawabkan untuk hasilkan pod persenjataan manakala sistem kawalan serta panduan serangan akan direka oleh Northrop Grumman.

Sekiranya teknologi ini berjaya dihasilkan, peluang sistem persenjataan laser bagi tujuan ofensif mungkin dapat direalisasikan pada masa hadapan. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply