Home Pertahanan dan Keselamatan APMM gagalkan cubaan bot pancung Indonesia ceroboh perairan negara

APMM gagalkan cubaan bot pancung Indonesia ceroboh perairan negara

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=r7sjhqglO94[/embedyt]

 

PERLABUHAN KLANG, 12 Jul – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menggagalkan cubaan sebuah bot pancung dari Indonesia yang cuba memasuki perairan negara untuk menyeludup barang terlarang ke Malaysia di Tanjung Sepat, pada Ahad.

Pengarah APMM Selangor, Kepten Maritim Siva Kumar berkata, pesawat Bombardier CL415 MP APMM telah mengesan pergerakan itu ketika melakukan penerbangan pengawasan di Selat Melaka sekitar jam 2 petang.

“Sistem Radar Pengawasan Laut (SWASLA) Klang telah bertindak dengan memantau bot berkenaan dan pasukan ronda APMM telah diaturgerakan bagi memintas sasaran,

“Bot pancung tersebut telah memecut serta berpatah balik memasuki perairan Indonesia ketika menyedari kehadiran pesawat APMM,” jelas beliau.

Menurutnya, pada jam 3.15 petang, SWASLA mengesan sekali lagi pergerakan mencurigakan dari tempat sama menuju ke sempadan negara dan bot ronda APMM telah bertindak menuju ke lokasi bagi menyekat sasaran disyaki.

“Sasaran mencurigakan itu telah hilang dari cerapan radar serta disyaki telah membatalkan niat bagi menceroboh perairan Malaysia,

“Penceroboh cuba mengambil kesempatan ketika umat Islam sedang menyambut perayaan Aidiladha tetapi pasukan operasi APMM tetap terus mengawasi perairan negara daripada sebarang ancaman jenayah rentas sempadan,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply