Home SemasaGlobal Amerika Syarikat batal penjualan UAV kepada Ukraine

Amerika Syarikat batal penjualan UAV kepada Ukraine

by M.Daim

WASHINGTON, 21 Jun – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pimpinan Biden telah membatalkan penjualan 4 buah pesawat tanpa pemandu (UAV) MQ-1C Gray Eagle kepada Ukraine.

Keputusan dibuat berikutan risiko pesawat tersebut jatuh ke tangan Rusia.

Menurut laporan Reuters, keputusan dibuat selepas semakan semula dilakukan oleh Bahagian Pentadbiran Keselamatan Teknologi Pertahanan Pentagon (DTSA).

“Bantahan penjualan eksport MQ-1C telah disemak secara teliti oleh DTSA kerana melibatkan penjualan aset berteknologi tinggi,

“Kebimbangan mengenai radar dan kelengkapan pemantauan menjadi faktor bantahan kepada penjualan eksport tersebut,

“Ini sekaligus menimbulkan risiko keselamatan sekiranya pesawat tersebut ditembak dan jatuh ke tangan Rusia,” kata laporan itu.

Pada Mac lalu, penjualan 4 buah MQ-1C dilaporkan telah menerima lampu hijau daripada pihak White House.

Setiap sebuah MQ-1C adalah bernilai US$10 juta (RM 43 juta). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply