Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
MD530G pamer taring di Latihan Kuasa Tembakan 2022 – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan MD530G pamer taring di Latihan Kuasa Tembakan 2022

MD530G pamer taring di Latihan Kuasa Tembakan 2022

by M.Daim

GEMAS, 21 Jun – Aset baharu Tentera Darat Malaysia (TDM), helikopter MD530G pamer keupayaannya semasa Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2022 di Lapang Sasar Asahan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, hari ini.

Helikopter yang dikendalikan oleh 883 Skuadron Pasukan Udara Tentera Darat Malaysia (PUTD) melakukan penembakan dengan menggunakan M134D Gattling Gun dan FN Herstal 12.7mm Heavy Machine Gun Pod.

Selain memiliki gun pod, MD530G milik 883 Skuadron PUTD turut dilengkapi dengan pelancar roket 70mm. Foto: Noor Azwan/Air Times

Aksi yang dipamerkan oleh MD530G merupakan sebahagian daripada demonstrasi keupayaan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa LKT 2022.

Helikopter keluaran MD Helicopter Inc ini telah diserahkan secara rasmi oleh Destini kepada TDM pada 13 Jun lalu.

MD530G merupakan aset baharu yang diterima oleh Tentera Darat Malaysia. Foto: M. Faizie/Air Times

Penyerahan helikopter ini dilaksanakan selepas MD530G selesai menamatkan Ujian Penerimaan Akhir (Final Acceptance Test).

Latihan tahunan LKT 2022 disaksikan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM dan Panglima-panglima perkhidmatan.

Guns! Guns! Guns! – MD530G kendalian 883 Skuadron Pasukan Udara Tentera Darat Malaysia melepaskan tembakan terhadap sasaran semasa LKT 2022. Foto: Qamarul/Air Times

Turut hadir menyaksikan acara ini ialah anakanda kepada Yang di-Pertuan Agong, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menteri Kanan Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, pengujian helikopter MD530G sekaligus memberi peluang kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya TDM untuk menilai sebarang ruang penambahbaikan bagi keupayaan aset pada masa akan datang.

PUTD mengoperasikan sebanyak 6 buah MD530G yang dikeluarkan oleh MD Helicopter Inc. Foto: Noor Azwan/Air Times

Menyentuh MD530G, Hishammuddin menjelaskan isu perolehan helikopter tersebut telah selesai.

“Hari ini kita semua dapat saksikan helikopter MD530G telah pun dimanfaatkan dan dapat diuji keupayaannya dalam LKT tahun ini,

“Isu mengenai helikopter ini telah dapat diselesaikan dan ia juga telah diterima oleh end user (Tentera Darat) yang sangat memerlukannya iaitu PUTD,” katanya dalam kenyataan.

MD530G merupakan helikopter tinjau dan serangan ringan keluaran syarikat Amerika Syarikat, MD Helicopter Inc. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?