Home SemasaGlobal NATO: Perang Ukraine akan berpanjang sehingga beberapa tahun

NATO: Perang Ukraine akan berpanjang sehingga beberapa tahun

by M.Daim

KYIV, 19 Jun – Ketua Setiausaha Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jeneral Jens Stoltenberg memberi amaran bahawa perang Ukraine akan berlarutan untuk tempoh jangka masa yang lebih panjang.

Menurutnya, perkara ini adalah didorong oleh faktor bekalan sistem persenjataan yang canggih kepada negara timur Eropah itu.

“Kita mesti bersedia bahawa peperangan ini akan berlarutan untuk tempoh beberapa tahun. Jadi, sokongan terhadap Ukraine adalah penting,

“Ini kerana ia akan memberikan banyak kesan – bukan sahaja dari segi ketenteraan tetapi dari segi peningkatan kos tenaga serta makanan,” katanya dalam satu wawancara khas oleh media Jerman, Bild am Sonntag.

Menurut beliau, Kyiv sedang berusaha untuk membebaskan wilayah timur Ukraine yang kini dikuasai Rusia.

Perkara yang sama telah disuarakan oleh Perdana Menteri Britain, Boris Johnson bahawa konflik di Ukraine akan berlaku untuk satu tempoh jangka masa yang panjang. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply