Home SemasaGlobal Australia miliki 2 kapal selam berkuasa nuklear mulai 2030 – Peter Dutton

Australia miliki 2 kapal selam berkuasa nuklear mulai 2030 – Peter Dutton

by M.Daim

CANBERRA, 19 Jun – Bekas Menteri Pertahanan Australia, Peter Dutton menegaskan bahawa Australia akan menerima 2 buah kapal selam berkuasa nuklear dari Amerika Syarikat mulai tahun 2030.

Beliau mengulas dakwaan bahawa tiada bukti kukuh Washington bersetuju untuk berbuat demikian dalam satu wawancara eksklusif stesen televisyen Australia.

Namun begitu, beliau enggan memberikan sebarang petunjuk atau bukti untuk menyanggah dakwaan berkenaan.

“Saya enggan bercakap mengenai perkara itu (bukti), tetapi saya telah membuat keputusan bahawa Australia akan memperoleh 2 buah kapal selam dengan cepat kerana ianya adalah perlu untuk dilakukan,” katanya.

Pada tahun lalu, Australia telah menyertai kerjasama keselamatan 3 negara, AUKUS.

Penyertaan Canberra dalam kerjasama tersebut telah membuka peluang kepada perolehan kapal selam berkuasa nuklear. Namun begitu, langkah tersebut telah mencetuskan ketegangan diplomatik di antara Perancis dan Australia. Ini kerana kerjasama tersebut telah menyebabkan perolehan 12 buah kapal selam dari negara Eropah itu dibatalkan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply