Home SemasaGlobal Sedia untuk hadapi peperangan di Eropah – Panglima Tentera Darat Britain

Sedia untuk hadapi peperangan di Eropah – Panglima Tentera Darat Britain

by M.Daim

LONDON, 20 Jun – Panglima Tentera Darat Britain, Jeneral Sir Patrick Sanders telah mengarahkan anggota tenteranya untuk bersiap sedia untuk menghadapi peperangan di Eropah.

Perkara tersebut disampaikan oleh beliau melalui siaran dalaman tentera Britain.

“Operasi ketenteraan Rusia di Ukraine telah menyentuh peranan dan matlamat utama kita – untuk mempertahankan United Kingdom (UK) dan bersedia serta menang dalam pertempuran,

“Selain daripada itu, kita perlu mempertingkatkan keupayaan serta keperluan dalam menangani tindakan agresi oleh Rusia,

“Dunia telah berubah semenjak 24 Februari dan sekarang sudah menjadi kewajipan untuk membentuk tentera yang berupaya untuk bertempur bersama sekutu dan menewaskan Rusia di medan perang,” kata Sir Patrick yang dipetik oleh BBC.

Beliau turut meletakkan modenisasi dan mobilisasi yang pantas sebagai matlamat utama dalam membantu NATO serta menentang Rusia.

“Kita adalah generasi yang mesti bersedia untuk menghadapi peperangan di Eropah,” ujar beliau.

Perang antara Ukraine dan Rusia kini telah menjangkaui usia lebih daripada 100 hari. Negara-negara anggota NATU dan Kesatuan Eropah (EU) telah menggunakan saluran diplomatik bagi menamatkan krisis di Ukraine. Namun begitu, tiada sebarang pencapaian positif yang berjaya dicapai.

Selain daripada itu, negara-negara Barat telah membekalkan jutaan peralatan dan aset tempur bagi membantu Ukraine untuk menentang Rusia. Namun begitu, NATO telah menegaskan anggota tentera mereka tidak akan memasuki Ukraine bagi mengelakkan krisis Rusia- dan Ukraine menjadi lebih besar. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply