Home Semasa Pemilik flat berputih mata, MPAJ roboh struktur tambahan haram

Pemilik flat berputih mata, MPAJ roboh struktur tambahan haram

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 31 Mei – “Sebarang penambahan struktur di luar petak pemilik adalah menjadi kesalahan,” kata Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

MPAJ berkata demikian susulan tindakan penguatkuasaan dibuat di Blok 4, Flat UTM, AU3/1 pada 25 Mei lalu.

“Tindakan bersepadu ini melibatkan Jabatan Bangunan & Senibina serta Jabatan Penguatkuasa MPAJ,

“Tindakan notis dan roboh serta-merta dilaksanakan berdasarkan Akta Jalan, Parit & Bangunan (Akta 133) berikutan tambahan struktur baharu di bahagian tepi dan belakang yang tidak dibenarkan bagi bangunan kediaman bertingkat,” katanya dalam hantaran di media sosialnya hari ini.

MPAJ memberi penjelasan susulan gambar tular di media sosial mengenai PBT meroboh struktur tambahan rumah.

“Sayang apabila rumah yang ditambah sebenarnya tidak dibenarkan mengikut Akta 133 dan Akta 757,

“Kesannya, MPAJ terpaksa memainkan peranan sebagai PBT untuk merobohkan struktur tambahan haram yang nyata menggunakan ruang harta bersama yang bukan hak mutlak pemilik tapi adalah dikongsi secara bersama,” ujarnya.

Tindakan penguatkuasaan dibuat di Blok 4, Flat UTM, AU3/1 pada 25 Mei lalu.

Menurutnya, kediaman berstrata seperti flat, apartmen dan kondominium terikat dengan Akta 757 di mana lot petak hanya terhad kepada keluasan petak yang dibeli sahaja.

“Isu keselamatan penduduk sekitar juga perlu diambil kira sekiranya tambahan rumah itu kelak mengganggu kerja-kerja menyelamat oleh pihak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang malapetaka seperti kebakaran dan sebagainya,” jelasnya.

Mengulas lanjut, orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPAJ di talian 03-4285 7110. – airtimes.my

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply