Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera Darat usir 9 PATI Indonesia ceroboh masuk Malaysia

Tentera Darat usir 9 PATI Indonesia ceroboh masuk Malaysia

by Air Times News Network

LUBOK ANTU, 31 Mei – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) telah mengusir 9 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang menceroboh masuk ke Malaysia di kawasan Ladang Salcra Tabau Gerunggang, pada tengah malam Sabtu lalu.

Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam media sosialnya berkata, anggota keselamatan sedang melaksanakan rondaan sempadan telah mengesan sekumpulan pergerakan individu dalam keadaan mencurigakan sedang berjalan kaki dari sempadan Indonesia – Malaysia.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 9 orang lelaki yang berusia diantara 18 hingga 45 tahun dan turut ditemui 9 buah telefon bimbit yang dianggarkan bernilai RM5,700,

“Kesemua PATI yang ditahan telah diusir keluar dan laporan polis turut dilakukan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Dalam pada itu, ATM akan terus komited mengawal keselamatan di persempadanan negara bagi memastikan kedaulatan Negara terus terpelihara dari sebarang pencerobohan PATI mahupun jenayah rentas sempadan. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply