Home Semasa Pengasas kumpulan militan serang Kuala Lumpur dibebaskan

Pengasas kumpulan militan serang Kuala Lumpur dibebaskan

by M.Daim

TOKYO, 28 Mei – Pemimpin kumpulan pengganas Japanese Red Army (JRA), Fusako Shigenobu telah dibebaskan dari hukuman penjara 20 tahun, hari ini.

Fusako Shigenobu, 76 tahun dibebaskan dari penjara Tokyo pada hari ini.

“Saya mahu melihat kembali kehidupan yang saya jalani sebelum ini dan hidup dengan penuh rasa ingin tahu,” katanya selepas dibebaskan, menurut laporan AFP.

Fusako merupakan aktivis komunis yang bertanggungjawab menubuhkan JRA pada 1971. Dia ditahan di Osaka pada tahun 2000.

Kumpulan ini dibubarkan oleh Fusako sendiri semasa berada dalam penjara pada tahun 2001.

JRA merupakan kumpulan radikal haluan kiri yang pernah menggegarkan negara dengan krisis tebusan di bangunan AIA pada 4 Ogos 1975, semasa era pemerintahan Perdana Menteri ke-2, Tun Abdul Razak.

Dalam kejadian tersebut, seramai 5 anggota militan JRA telah menawan bangunan AIA di Kuala Lumpur dan menjadikan seramai 53 orang pekerja dari pelbagai kedutaan sebagai tebusan.

Krisis tebusan mula selesai apabila kerajaan Jepun bertindak membebaskan 5 tahanan JRA dari tahanan penjara dan diterbangkan ke Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Pengangkutan pada ketika itu, Dato’ Ramli Omar dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Osman Samsuddin Cassim telah ditukar sebagai tebusan bagi mengiringi pesawat yang dikawal JRA untuk terbang ke Libya.

Ramli dan Osman kemudiannya dibebaskan pada 10 Ogos 1975.

Selain insiden Bangunan AIA, JRA telah disyaki terlibat dalam insiden pesawat MH653 yang terhempas di Tanjung Kupang pada 4 Disember 1977. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply