Home Pertahanan dan Keselamatan Demi negara kami berkorban, apa sangat setakat berjemur – Rani Kulup

Demi negara kami berkorban, apa sangat setakat berjemur – Rani Kulup

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=_zsgwTuW0LY[/embedyt]

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah menegaskan netizen jangan cuba mengambil kesempatan terhadap isu Sambutan Ulang Tahun Veteran ATM ke-100.

“Padahal orang tu (veteran) duduk dan letih. Sebenarnya tak ada masalah pun, biasalah berkawad,” katanya semasa sidang media di pejabat beliau pada Jumaat.

Beliau yang juga seorang veteran tentera juga berkata, perkara ini sengaja dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu semata-mata untuk mengeruhkan keadaan semasa.

“Sebenarnya tidak ada apa-apa, tuan-tuan. Ayah menyeru kepada pengamal media dan netizen – janganlah hina sangat kami ini,

“Jangan kutuk sangatlah, kami tak macam itu (merungut),” ujarnya.

Sebelum ini, tular beberapa keping gambar dan video di media sosial yang memaparkan veteran tentera berdiri di tengah panas Sambutan Ulang Tahun Veteran ATM ke-100 pada 21 Mei lalu.

Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) dalam satu kenyataan berkata, situasi tersebut adalah biasa dalam satu perbarisan statik.

“Ia adalah satu kebanggaan dan penghormatan besar bagi ahli-ahli PVATM,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply