Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 321 tangkapan PATI bukti kredibiliti 61 RAD

321 tangkapan PATI bukti kredibiliti 61 RAD

by Nurulhuda

KEJAYAAN sesebuah operasi bukanlah diukur melalui jumlah tangkapan yang dilakukan, tetapi ianya diterjemahkan melalui keberkesanan dan komitmen keseluruhan pasukan dalam menjayakan sesuatu operasi.

Komitmen anggota pasukan yang jitu dalam melaksanakan amanah diberikan oleh kepimpinan tertinggi dengan sebaiknya mampu menjadi pemangkin kepada pasukan dalam mempertingkatkan imej sekaligus memberi impak positif kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pegawai Memerintah, Rejimen 61 Artileri Diraja (61 RAD), Leftenan Kolonel Nor Azlim Nawi berkata, penglibatan semua elemen yang terlibat dalam menjalankan peranan dan tugasan masing-masing membuahkan hasil yang membanggakan.

Pegawai Memerintah, Rejimen 61 Artileri Diraja (61 RAD), Leftenan Kolonel Nor Azlim Nawi berkata, sebanyak 321 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah berjaya ditahan sepanjang pelaksanaan Operasi Benteng melibatkan pasukannya.

“Pasukan berjaya membuat tangkapan sebanyak 321 pendatang asing tanpa izin (PATI) sepanjang operasi kali ini, dan ia amat membanggakan,

“Pada pendapat saya, jumlah tangkapan bukanlah kayu pengukur kejayaan pasukan dalam melaksanakan operasi,

“Kita dapat lihat bahawa kesemua elemen yang terlibat melaksanakan peranan dan tugas mengikut misi yang telah ditetapkan dengan jayanya,” jelasnya kepada Air Times.

Kejayaan operasi bukan penamat masalah PATI dalam negara

Tambahnya, kejayaan sesebuah operasi yang dijalankan bagi mengekang kemasukan PATI ke dalam negara bukanlah penamat kepada segala permasalah kebanjiran warga asing ini.

Jumlah tangkapan bukanlah kayu pengukur kejayaan pasukan dalam melaksanakan operasi tetapi ia dapat menjadikan pemangkin kepada pasukan lain. – Leftenan Kolonel Nor Azlim Nawi

Menurut Azlim, jumlah tangkapan yang diperolehi ini akan sekaligus menjadi pemangkin kepada pasukan-pasukan lain khasnya dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) dan ATM amnya.

“Diharapkan, jumlah tangkapan yang kami perolehi ini akan menjadi pemangkin kepada pasukan-pasukan yang akan mengambil alih operasi pada masa-masa akan datang,” tambahnya.

9 PATI disahkan positif COVID-19

Mengulas mengenai pelaksanaan operasi ketika pandemik COVID-19 di dalam negara, Azlim menjelaskan, anggotanya turut terdedah dan bergadapan dengan wabak berkenaan.

Daripada jumlah keseluruhan PATI yang berjaya ditahan, terdapat 9 orang PATI disahkan positif COVID-19.

Anggota 61 RAD sentiasa mengamalkan SOP yang ditetapkan semasa operasi bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang dibawa oleh PATI.

“Sepanjang operasi, terdapat 3 orang pegawai dan 80 anggota telah dikuarantin disebabkan oleh PATI yang disahkan positif COVID-19,

“Mereka (anggota) yang menjadi kontak rapat dengan PATI yang positif COVID-19 akan dikuarantin selama 10 hari,

“Manakala, swab test akan dijalankan sekiranya terdapat anggota yang bergejala dan sehingga tamat operasi ini, tidak ada anggota yang disahkan positif COVID-19. Itu juga salah satu daripada pencapaian yang amat membanggakan,” jelasnya.-airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply