Home Semasa Permohonan pengeluaran khas KWSP dibuka mulai 1 April

Permohonan pengeluaran khas KWSP dibuka mulai 1 April

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan permohonan pengeluaran khas sehingga RM10,000 akan dibuka mulai 1 sehingga 30 April ini.

KWSP dalam satu kenyataan semalam berkata, permohonan tersebut dibuka kepada ahlinya berumur di bawah 55 tahun.

“Pembayaran akan dibuat bermula 20 April 2022,” katanya.

Menurut KWSP, ahlinya dibenarkan untuk mengeluarkan amaun minimum sebanyak RM50 sehingga RM10,000.

Katanya, pengeluaran ini tertakluk kepada baki simpadan Akuan 2.

“Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan diakses,” ujarnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pengeluaran khas RM10,000 kepada pencarum KWSP.

Beliau berkata, kebenaran itu diberikan selepas kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply