Home Politik Saya ahli parlimen bebas, sedia kongsi nasihat kepada semua parti – Khairuddin

Saya ahli parlimen bebas, sedia kongsi nasihat kepada semua parti – Khairuddin

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali mengumumkan beliau telah keluar dari Parti PAS.

Pengumuman dibuat oleh beliau dalam satu sidang media khas di Dewan Rakyat, hari ini.

“Maka dengan ini saya, Mohd Khairuddin Aman Razali, memohon untuk berhenti daripada menjadi ahli PAS,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Menurut beliau, surat telah diserahkan kepada Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan.

“Agak berat saya untuk memohon berhenti tetapi itu ada dalam perlembagaan parti,” ujarnya.

Beliau yang juga bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia enggan menyatakan alasan untuk keluar parti.

Pada masa yang sama, Khairuddin menyatakan beliau telah menjadi ahli parlimen bebas dan tidak menyatakan sama ada sokongan diberikan kepada blok kerajaan mahupun pembangkang.

“Sementara itu, jadi ahli parlimen bebas, paling bebas,” ujarnya.

Selain itu, Khairuddin menyatakan beliau sedia kongsikan nasihat dengan semua parti politik di Malaysia.

“Saya akan terus memberikan pandangan dan nasihat saya kepada semua parti-parti politik di Malaysia termasuk PAS sendiri,

“Apa saja ketidakselarasan dari sudut peraturan akan saya tegur,” katanya.

Khairuddin telah menjadi ahli parti PAS selama 33 tahun. Beliau turut digugurkan dari Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada Januari lalu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply