Home SemasaGlobal Kilang pesawat Antonov terbakar akibat bedilan artileri Rusia

Kilang pesawat Antonov terbakar akibat bedilan artileri Rusia

by M.Daim

KYIV, 14 Mac – Kilang pesawat Antonov dilaporkan terbakar selepas terkena bedilan tentera Rusia di ibu kota Ukraine, hari ini.

Kejadian tersebut disahkan oleh pihak pentadbiran bandar Kyiv.

Antonov Serial Production Plant merupakan fasiliti pengeluaran pesawat secara serial oleh oleh syarikat aeroangkasa Antonov.

Fasiliti ini terletak di Lapangan Terbang Sviatoshyn, 11 kilometer dari bandar Kyiv.

Sementara itu, tentera Rusia dilaporkan mula menghampiri ibu negara Ukraine selepas memasuki kawasan Irpin, pinggir Kyiv. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply