Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan kapal tangki tempatan berlabuh tanpa kebenaran di Miri

APMM tahan kapal tangki tempatan berlabuh tanpa kebenaran di Miri

by Air Times News Network

MIRI, 14 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal tangki tempatan yang berlabuh tanpa kebenaran di Kuala Bakam, Miri semalam.

Pengarah Zon APMM Miri Kepten Maritim Mohd Shafie Haji Paing berkata, penahanan dilakukan kerana kapal berkenaan berlabuh di luar batas perlabuhan tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kapal tersebut berdaftar di Port Klang dan dikendalikan oleh 8 orang kru terdiri daripada 7 orang lelaki warga Myammar serta seorang warga tempatan merupakan nakhoda kapal berkenaan,

“Kesemua mereka berusia lingkungan 22 tahun hingga 53 tahun dan 7 PATI tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Shafie berkata, penahanan ke atas kesemua kru dan kapal tersebut telah dikeluarkan untuk tindakan dan siasatan lanjut,

“Kes akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan pengenalan diri yang sah dan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/60 kerana berlabuh tunggu tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia”, katanya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply