Home SemasaGlobal F-35C terhempas: Jepun keluarkan amaran navigasi di Laut China Selatan

F-35C terhempas: Jepun keluarkan amaran navigasi di Laut China Selatan

by M.Daim

TOKYO, 3 Feb – Pasukan Pengawal Pantai Jepun (Japan Coast Guard) telah mengeluarkan amaran navigasi di kawasan perairan Laut China Selatan.

Notis amaran navigasi yang dikeluarkan pada akhir Januari lalu menyatakan operasi salvaj sedang dilaksanakan di kawasan perairan Timur Filipina.

“Operasi salvaj sedang dilaksanakan sehingga diberitahu kelak,” kata notis amaran itu.

Kedudukan notis amaran navigasi dikeluarkan oleh Pasukan Pengawal Pantai Jepun.

Berdasarkan peta yang disiarkan di laman web rasmi JCG, operasi salvaj dilaksanakan kira-kira 300 batu timur Kepulauan Paracel dan 170 batu luar pesisir Filipina.

Armada ke-7 Tentera Laut Amerika Syarikat (US 7th Fleet) sebelum ini menyatakan pihaknya akan melancarkan operasi salvaj bagi mengapungkan bangkai jet pejuang F-35C  di dasar laut.

Sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan dari pihak 7th Fleet yang menandakan operasi salvaj telah dilaksanakan atau sebaliknya.

Dalam kejadian 24 Januari lalu, sebuah jet pejuang F-35C dilaporkan terhempas di landasan kapal induk pengangkut pesawat USS CARL VINSON pada 24 Januari lalu.

Pesawat malang kemudiannya dilaporkan jatuh ke dalam laut tidak lama kemudian.

Seramai 7 orang cedera termasuk juruterbang mengalami kecederaan dalam insiden tersebut. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply