Home Semasa COVID-19 Malaysia: Kes masih melebihi paras 5,000

COVID-19 Malaysia: Kes masih melebihi paras 5,000

by M.Daim

PUTRAJAYA, 3 Feb – Kes jangkitan baharu COVID-19 masih melebihi paras 5,000 kes untuk 3 hari berturut-turut.

“Pada 3 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,720 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,887,780 kes,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya, hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham turut menyatakan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 2 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.14.

Negara kembali mencatatkan kes melebihi paras 5,000 semenjak 1 Februari lalu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply