NEW YORK, 3 Feb – Penghantaran anggota tentera Amerika Syarikat ke Eropah menjadi bukti bahawa kebimbangan Rusia adalah benar.
Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov menegaskan tindakan AS untuk menghantar anggota tentera tambahan ke Eropah akan meningkatkan ketegangan di rantau itu.
“Tindakan oleh Amerika Syarikat untuk meningkatkan ketegangan di Eropah dan Rusia mempunyai sebab untuk bimbang dengan perkembangan sebegini,” kata Dmitry dalam satu wawancara eksklusif CNN.
Beliau mengulas pengumuman oleh Setiausaha Akhbar Pentagon, John F. Kirby yang menyatakan Amerika Syarikat hantar 3,000 anggota tentera tambahan ke Eropah Timur. – airtimes.my