Home Semasa Pfizer mula uji vaksin khusus untuk Omicron

Pfizer mula uji vaksin khusus untuk Omicron

by M.Daim

MAINZ, 26 Jan – Syarikat Pfizer Inc dan BioNTech SE mula uji vaksin khusus Omicron.

Pfizer dalam satu kenyataan berkata, vaksin tersebut diuji kepada peserta ujian berumur 18 hingga 55 tahun.

“Ujian dilaksanakan dalam 3 kumpulan bagi melihat keberkesanan vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19  dan vaksin khusus Omicron,

“Ia melibatkan beberapa orang peserta Ujian Fasa 3 Dos Penggalak dan ini merupakan usaha untuk mengatasi ancaman Omicron,

“Selain daripada itu, ujian ini akan melihat sama ada vaksin berdasarkan varian khusus adalah diperlukan atau sebaliknya,” kata kenyataan itu.

Jelasnya, seramai 1,240 peserta mengambil bahagian dalam ujian klinikal ini.

Dalam pada itu, Pfizer menyatakan sasaran untuk menghasilkan 4 bilion dos vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 tidak akan berubah sekiranya vaksin khusus terbabit akan dihasilkan secara besar-besaran kelak. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply