Home Pertahanan dan Keselamatan Lagi bot PATI dari Filipina diusir keluar dari perairan negara

Lagi bot PATI dari Filipina diusir keluar dari perairan negara

by Nurulhuda

SEMPORNA, 26 Jan – Sebuah bot yang dinaiki 3 lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Filipina diusir keluar ketika cuba menceroboh masuk perairan negara, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna, Deputi Superintendan Polis Mohamad Ismail berkata, pengusiran dilakukan oleh pasukan yang bertugas di Pulau Mataking Kecil pada jam 7 pagi.

“Setelah pemeriksaan dilakukan terdapat buah perahu tiada nombor pendaftaran didapati 3 orang lelaki dewasa lelaki berbangsa bajau Filipina,

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang pas perjalanan yang sah dan dengan sengaja telah memasuki perairan Malaysia,

Mohamad Ismail berkata, pengusiran telah dibuat dan perahu tersebut telah diiring keluar dari perairan negara serta diarahkan supaya tidak memasuki perairan negara.

Tambahnya, tindakan itu selaras dengan kehendak undang-undang Akta Hak Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1998 bagi mengekang penularan wabak COVID 19.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang bagi menjaga kedaulatan negara. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply