Home SemasaGlobal Ukraine terima US$850 juta bantuan pertahanan dari Amerika Syarikat

Ukraine terima US$850 juta bantuan pertahanan dari Amerika Syarikat

by M.Daim

WASHINGTON, 26 Jan – Amerika Syarikat telah menyalurkan bantuan lebih US$650juta bantuan pertahanan kepada Ukraine.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price menyatakan bantuan tersebut merangkumi tempoh 2021 dan bantuan baharu diluluskan oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

“AS telah memberikan lebih daripada US$650juta bantuan pertahanan kepada Ukraine pada tahun lalu,

“Bantuan tambahan sebanyak US$200juta telah diluluskan pada bulan lalu,” katanya.

Menurut beliau, nilai bantuan yang disalurkan pada 2021 adalah tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Ned menambah, bantuan baharu yang diluluskan adalah merangkumi penghantaran sistem persenjataan ke Ukraine bagi menghadapi sebarang kemungkinan konflik dengan Rusia. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply