Home Semasa China guna militia maritim untuk takutkan negara lain di Laut China Selatan

China guna militia maritim untuk takutkan negara lain di Laut China Selatan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Negara China didakwa meningkatkan pengunaan militia maritim di kawasan perairan Laut China Selatan.

Timbalan Penolong Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Pelbagai Hala Amerika Syarikat, Dr Jung Pak berkata, peningkatan tersebut dapat dilihat semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, China telah meningkatkan aktiviti paksaan (coercive activities) di Laut China Selatan dengan meningkatkan penempatan militia maritim,

“Militia ini beroperasi bersama agensi penguatkuasaan undang-undang dan tentera China untuk mengganggu serta menakut-nakutkan negara penuntut lain di perairan itu,

“Tindakan ini mencerminkan usaha secara sistematik dan tersusun oleh China untuk mengganggu hak dan kebebasan,

“Ini termasuk hak dan kebebasan pelayaran yang dinikmati semua negara di bawah undang-undang antarabangsa.

“Aktiviti paksaan di Laut China Selatan ini mencerminkan tindakan China di seluruh dunia,” katanya dalam satu taklimat media secara maya, hari ini.

Jelas beliau, AS akan bersama-sama dengan negara Asia Tenggara yang berusaha untuk mempertahankan hak dan kedaulatan mereka.

Jabatan Negara Amerika Syarikat sebelum ini mengeluarkan laporan kajian terhadap tuntutan China di kawasan perairan Laut China Selatan.

Kajian tersebut merumuskan tuntutan China adalah tidak sah dan melanggar undang-undang antarabangsa.  – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply