Home PolitikBarisan Nasional PH masih ditakuk lama, akan gagal dalam PRN Johor – Khaled

PH masih ditakuk lama, akan gagal dalam PRN Johor – Khaled

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Cadangan Pakatan Harapan (PH) untuk bekerjasama dengan parti politik pembangkang lain dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan memberi kesan kepada rakyat sekali gus memudaratkan negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, formula tersebut telah digunakan oleh mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan hasilnya boleh dilihat selepas itu apabila mempunyai sebuah kerajaan yang gagal.

“PH mahu kerjasama dengan semua pembangkang hadapi PRN Johor, bukankah itu pendekatan PRU 14, kesannya bila menang dapat kerajaan rojak, kerajaan suku2, kerajaan tak berfungsi, kerajaan yang gagal, kerajaan yang ada macam takda,

“Perdana Menteri dan Menteri Besar asyik bertukar,” katanya menerui ciapan di Twitter miliknya, pada Selasa.

Semalam, PH menjelaskan hasrat mereka untuk bekerjasama dibawah satu payung bagi menghadapi PRN Johor yang bakal diadakan.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, semua parti pembangkang, termasuk Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) perlu bersama bagi menghadapi PRN Johor untuk membuat perubahan di negeri tersebut. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!