Home Politik PRN Johor: Sultan perkenan pembubaran Dewan Negeri

PRN Johor: Sultan perkenan pembubaran Dewan Negeri

by M.Daim

JOHOR BAHRU, 22 Jan – Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar  hari ini perkenan pembubaran Dewan Negeri Johor.

“Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN),

“Terdahulu, Baginda Tuanku Sultan berkenan  menerima mengadap Menteri Besar pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari ini (22 Januari),

“Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta’zim termansuh pada 22 Januari 2022,” kata satu hantaran di akaun media sosial rasmi Sultan Ibrahim. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply