Home SemasaGlobal Amerika Syarikat hantar bantuan 90 tan senjata kepada Ukraine

Amerika Syarikat hantar bantuan 90 tan senjata kepada Ukraine

by M.Daim

KIEV, 22 Jan – Bantuan ketenteraan Amerika Syarikat telah tiba di Ukraine bagi membantu negara itu menghadapi ancaman ketenteraan dari Rusia.

Penghantaran kargo ketenteraan tersebut telah disahkan oleh pihak Kedutaan AS di Ukraine.

“Penghantaran pertama bantuan telah diarahkan oleh Presiden Biden telah tiba di Ukraine. Bantuan ini melibatkan 90 tan kargo termasuk peluru untuk kegunaan pasukan barisan hadapan Ukraine,” kata pihak kedutaan dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya.

Jelasnya, penghantaran tersebut merupakan komitmen AS untuk membantu Ukraine dalam menghadapi tekanan ketenteraan dari Rusia. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply