Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Jambatan bailey Kampung Bemban siap awal dari jadual

Jambatan bailey Kampung Bemban siap awal dari jadual

by Nurulhuda

JELEBU, 20 Jan – Penduduk Kampung Bemban, Simpang Durian kini boleh menarik nafas lega apabila jambatan sementara Compact Bailey Single Lane (CB 200) di Sungai Teriang menggantikan jambatan lama yang roboh akibat banjir telah siap sepenuhnya, semalam.

Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen), Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berkata, projek pembinaan jambatan tersebut adalah bagi menggantikan jambatan yang telah roboh akibat banjir sebelum ini telah siap sehari awal berbanding jangkaan awal ia siap hari ini.

“Projek yang telah dibina bermula 18 Januari itu dijangka siap pada 20 Januari namun telah siap sehari lebih awal iaitu pada 19 Januari,
“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengaturgerak 3 pegawai serta 56 anggota dari Skuadron Ke-8 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dan Skuadron Ke-9 RAJD dengan kerjasama kakitangan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Jambatan yang menghubungkan Kampung Bemban dan Kampung Jerang sepanjang 18 meter dan berkelebaran 4.3 meter itu telah runtuh akibat banjir akibat hujan lebat pada 17 Disember tahun lalu.

Beliau menjelaskan, ATM akan sentiasa bersiap sedia membantu pihak berkuasa awam dan akan sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan di seluruh negara sebagai salah satu daripada Military Operation Other Than War (MOOTW)

Pada masa yang sama, beliau menjelaskan, pembinaan jambatan ini juga merupakan sebahagian Projek Jiwa Murni ATM selaras dengan Teras Kementerian Pertahanan serta Tonggak Ke-5 Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu meningkatkan kerjasama ATM dan Tentera Darat bersama dengan agensi awam dan rakyat. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply