Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Insiden bot karam: Seorang PATI sah positif COVID-19

Insiden bot karam: Seorang PATI sah positif COVID-19

by Nurulhuda

KOTA TINGGI, 20 Jan – Tentera Darat Malaysia (TDM) menjelaskan, seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia mangsa bot karam di perairan Teluk Ramunia, awal pagi tadi disahkan positif COVID-19.

Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan berkata, kesemua 20 PATI tersebut telah dibuat saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Sungai Rengit dan hasil ujian saringan mendapati 24 daripadanya negatif COVID-19, manakala seorang disahkan positif COVID-19.

Jelasnya, PATI yang disahkan positif COVID-19 akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia Johor.

“Kesemua 19 PATI telah diserahkan ke pasukan TDM yang beroperasi di timur Johor untuk urusan dokumentasi. Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai pada jam 11.00 pagi,

“25 PATI yang ditahan terdiri daripada 10 lelaki dan 15 wanita warga Indonesia berusia sekitar 25 hingga 57 tahun,

“Manakala, 5 daripadanya merupakan mayat wanita yang telah meninggal dunia akibat mati lemas,” jelas kenyataan itu.

Pihak 3 Div menjelaskan, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM7,660.06.

“Ia melibatkan matawang Malaysia RM118.00, matawang Indonesia IDR 5,989,302.70 (RM 1746.01), beberapa matawang asing, 12 buah telefon bimbit bernilai RM4,610.00, barang kemas bernilai RM2,150.00 serta seutas jam tangan,” tambahnya.

Tim Quick Reaction Force (QRF) dan Tim Dron Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta bantuan dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diaturgerak bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan.

Awal pagi tadi, sebuah bot yang membawa 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah karam di perairan Teluk Ramunia.

Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, bot yang dipercayai membawa 27 PATI warga Indonesia itu bertindak melarikan diri secara agresif dan merbahaya lalu terbalik seterusnya karam di lokasi kejadian.

“Bot tersebut membawa 27 PATI warga Indonesia dan seramai 21 mangsa berjaya ditemui dengan 19 orang selamat terdiri dari 10 wanita serta sembilan lelaki,

“Manakala 2 lagi mangsa wanita ditemui mati. Baki 6 orang mangsa masih hilang di laut,” -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply