if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Badai Omicron landa Kazakhstan, kes naik hampir 20 kali ganda

Badai Omicron landa Kazakhstan, kes naik hampir 20 kali ganda

by M.Daim

NUR-SULTAN, 18 Jan – Kerajaan Kazakhstan melaporkan kes jangkitan COVID-19 di negara itu meningkat 20 kali ganda dalam tempoh sebulan.

Pihak berkuasa kesihatan Kazakhstan melaporkan hampir seluruh negara itu diisytiharkan sebagai zon merah.

“Kes meningkat sebanyak 19.6 kali ganda dalam tempoh sebulan. 16 dari pada 17 wilayah di Kazakhstan diklasifikasikan sebagai zon merah berikutan kadar penularan wabak yang tinggi,” kata Menteri Kesihatan Kazakhstan Azhar Giniyat.

Menurut beliau, penularan yang tinggi adalah didorong oleh kehadiran varian Omicron.

Kazakhstan sebelum ini terjerumus kepada konflik domestik berskala besar dengan berlakunya rusuhan besar-besaran di negara Asia Tengah itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?