Home SemasaGlobal Kami uji keupayaan dan ketepatan peluru berpandu balistik – Korea Utara

Kami uji keupayaan dan ketepatan peluru berpandu balistik – Korea Utara

by M.Daim

PYONGYANG, 18 Jan – Korea Utara hari ini mengesahkan ujian peluru berpandu yang dilancarkan oleh negara itu semalam.

Agensi berita kerajaan Pyongyang menyatakan ujian peluru berpandu balistik telah dikendalikan oleh Akademi Sains Pertahanan.

“Peluru berpandu balistik taktikal telah berjaya mengenai sasaran di sebuah pulau di perairan timur,

“Ujian ini adalah bertujuan untuk menguji ketepatan, keupayaan dan keselamatan peluru berpandu terbabit,” lapor KCNA.

Semalam, Korea Utara dilaporkan telah melancarkan 2 peluru berpandu balistik jarak dekat dari kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Sunan di Pyongyang.

Pelancaran tersebut merupakan yang ke-4 dilakukan oleh Korea Utara pada tahun ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply