Home SemasaGlobal Peluru berpandu Brahmos tingkat keupayaan pertahanan maritim Filipina

Peluru berpandu Brahmos tingkat keupayaan pertahanan maritim Filipina

by M.Daim

MANILA, 18 Jan – Tentera Laut Filipina (Philippine Navy, PN) hari ini menegaskan perolehan peluru berpandu kruis supersonik Brahmos akan meningkatkan keupayaan pertahanan maritim negara itu.

Menurut jurucakap PN, perolehan tersebut adalah penting bagi menjaga perairan Filipina yang luas.

“Pembelian Brahmos untuk pertahanan pantai Filipina sekaligus meningkat keupayaan PN terutamanya Rejimen Pertahanan Pantai Kor Marin Filipina,

“Peluru berpandu ini akan melengkapi usaha PN untuk melaksanakan rondaan di kawasan perairan,” kata Komander Benjo Negranza yang dipetik oleh agensi berita Filipina.

Terdahulu, Filipina telah menganugerahkan kontrak kepada perolehan pertahanan pesisir kepada BrahMos Aerospace Limited pada 31 Disember lalu.

Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana menyatakan sistem persenjataan tersebut akan lengkap diterima dalam tempoh 1 tahun.

Projek bernilai US$374 juta (RM1.56 bilion) ini merangkumi 3 bateri Brahmos, laithan dan sokongan logistik kepada PN.

Satu bateri merangkumi 3 pelancar yang dimana setiap satunya dilengkapi 2 atau 3 tiub berserta sistem penjejakan.

Perolehan Brahmos telah dirancang oleh kerajaan Filipina sejak tahun 2017.

Peluru berpandu kruis Brahmos terbang pada kelajuan Mach 2.8 (hampir 2 kali ganda kelajuan bunyi) dan berupaya untuk mengempur sasaran sejauh 290 kilometer.

Pembelian Brahmos merupakan sebahagian pelan modenisasi Angkatan Tentera Filipina 2018-2022 yang menelan belanja keseluruhan sebanyak US$5.83 bilion (RM24.4bilion). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply