RIYADH, 18 Jan – Serangan udara dilancarkan oleh Arab Saudi dan UAE terhadap kedudukan Houthi di Yaman.
Serangan dilancarkan beberapa jam selepas serangan dron di Abu Dhabi.
Agensi media Al-Hadath melaporkan serangan dilancarkan di beberapa lokasi yang melibatkan kem dan kubu Houthi di Sanaa.
Jurucakap pasukan tentera bersekutu diketuai Arab Saudi menegaskan serangan terhadap Abu Dhabi adalah satu ancaman besar terhadap keselamatan rantau Arab.
“Serangan Houthi terhadap dua fasiliti ekonomi di Abu Dhabi merupakan satu serangan pengganas oleh proksi Iran,” kata Brigedier Jeneral Turki Al-Maliki.
Menurut beliau, sebanyak 8 buah dron Houthi berjaya dipintas oleh jet pejuang Arab Saudi. – airtimes.my