SANAA, 11 Jan – Sebuah pesawat tanpa pemandu (UAV) buat China, Wing Loong 2 telah ditembak jatuh oleh tentera Yaman, hari ini.
Jurucakap Tentera Yaman, Brigedier Jeneral Yahya Saree menjelaskan UAV tersebut ditembak jatuh oleh pasukan pertahanan udara negara itu.
“UAV yang dioperasikan oleh Tentera Udara Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ditembak jatuh kerana memasuki ruang udara Yaman,
“Pesawat ditembak jatuh dengan menggunakan peluru berpandu anti pesawat buatan tempatan,
“Kejadian berlaku di Ain, Shabwa,” kata Saree yang dipetik oleh Al-Manar. – airtimes.my