Home Semasa Malaysia hadapi Darurat Integriti – Ketua AMK Malaysia

Malaysia hadapi Darurat Integriti – Ketua AMK Malaysia

by M.Daim

PUTRAJAYA, 10 Jan – Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK Malaysia), Akmal Nasrullah Mohd Nasir hari ini menegaskan Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk melanjutkan sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu integriti dan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa sidang media Konvoi Selamatkan SPRM di Putrajaya.

“Negara pada ketika ini sedang menghadapi krisis Darurat Integriti,” ujarnya.

Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu menjelaskan Perdana Menteri mempunyai kuasa memanggil Dewan Rakyat untuk bersidang pada bila-bila masa mengikut peruntukan di bawa Peraturan Mesyuarat Parlimen.

Satu sidang khas Parlimen dijadualkan berlangsung pada 20 Januari ini bagi membincangkan isu banjir.

“Saya berharap Perdana Menteri akan mendengar desakan MP untuk tambah masa sesi sidang khas 1 hari lagi bagi membincangkan isu yang berlaku pada ketika ini,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply