Home Semasa Kekalkan elaun atlet, mereka adalah aset negara – Pejuang Muda

Kekalkan elaun atlet, mereka adalah aset negara – Pejuang Muda

by M.Daim

PUTRAJAYA, 10 Jan – Kerajaan diseru untuk mengekalkan elaun dan memperkasakan kebajikan para atlet.

Exco Sukan PEJUANG Muda Malaysia Parti Pejuang Tanahair. Ahmad Nur Aliff dalam satu kenyataan berkata, atlet sepenuh masa di negara ini telah banyak berkorban bagi mencapai kejayaan dalam bidang mereka.

“Umumnya kita sedari bahawa atlet sepenuh masa di negara kita ini telah menghabiskan masa dan tenaga mereka dengan latihan-latihan , cabaran dan disiplin yang tinggi untuk sentiasa bersiap sedia bagi meraih setiap kejuaraan yang ditandingi,

“Para atlet ini juga mempunyai tanggungan dan komitmen tersendiri yang harus dilunaskan,” katanya.

Beliau mengulas isu pemotongan elaun atlet sepenuh masa lari berpagar Rayzam Shah Wan Sofian yang telah dipotong dari RM2000 ke RM800 sebulan.

“Kerajaan harus peka bahawa para atlet sepenuh masa ini juga tidak ada gaji mahupun insentif lain yang dibayar oleh mana-mana badan lain,

“Oleh itu, PEJUANG Muda menggesa agar kerajaan melalui Kementerian Belia Dan Sukan dan Majlis Sukan Negara untuk mengembalikan jumlah elaun asal yang telah diperuntukkan buat para atlet sepenuh masa buat sekian lama dan memperkasakan kebajikan para atlet negara kita,

“Kerajaan perlu ingat bahawa para atlet ini aset negara yang perlu dijaga dengan sebaiknya,” jelasnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply