Home SemasaGlobal 9 anggota Marin Iran maut dalam pertempuran dengan US

9 anggota Marin Iran maut dalam pertempuran dengan US

by M.Daim

TEHRAN, 23 Nov – Seramai 9 orang anggota Marin Pasukan Tentera Laut Iran maut dalam pertempuran dengan Amerika Syarikat (AS) di Teluk Parsi.

Perkara tersebut disahkan oleh Panglima Tentera Laut Iran, Komodor Alireza Tangsiri, semalam.

“Dalam menghadapi ancaman AS, seramai 9 anggota Kor Marin telah maut dalam pertempuran di kawasan perairan,” kata Alireza seperti dilaporkan oleh agensi media Iran, Mehr Agency.

Tambahnya, terdapat beberapa siri pertembungan antara anggota tentera kedua-dua negara tidak mendapat liputan media.

Beliau tidak menyatakan masa dan lokasi spesifik pertempuran berlaku.

Tegasnya, kesemua anggota yang terkorban telah bertindak untuk mempertahankan kedaulatan Iran. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?