Home SemasaGlobal Tentera bebaskan bekas Perdana Menteri Sudan

Tentera bebaskan bekas Perdana Menteri Sudan

by M.Daim

KHARTOUM, 27 Okt – Bekas Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok dan isterinya telah dibenarkan pulang ke rumah selepas ditahan oleh tentera negara itu.

Namun begitu, anggota tentera telah dikerahkan untuk melakukan kawalan dan pengawasan di rumah beliau.

Menurut laporan Al Hadath, kawalan ketat dikenakan di kawasan rumah Abdalla sebaik sahaja beliau tiba di rumahnya di Kafouri.

“Walaupun Abdalla dibenarkan pulang ke rumah, beberapa orang menteri dan pemimpin politik masih lagi ditahan oleh tentera Sudan,

“Lokasi penahanan mereka masih lagi belum diketahui,” kata laporan itu.

Abdalla ditahan dalam satu operasi besar-besaran yang dilancarkan oleh tentera Sudan pada 25 Oktober lalu.

Penahanan bekas Perdana Menteri itu telah mengheret Sudan ke kancah politik semenjak kejatuhan Presiden Omar al-Bashir pada tahun 2019.

Sejurus penahanan Abdalla, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan telah mengumumkan pembubaran kerajaan sementara dan mengisytiharkan darurat di seluruh negara Sudan. Rampasan kuasa yang dilancarkan telah mendapat protes dari rakyat yang berhimpun di beberapa lokasi di Sudan.

Pada masa yang sama, Amerika Syarikat telah menyekat bantuan US$ 700 juta kepada negara itu sebagai tindak balas rampasan kuasa tersebut. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply