Home SemasaGlobal AS gesa dunia sokong penyertaan Taiwan ke PBB

AS gesa dunia sokong penyertaan Taiwan ke PBB

by M.Daim

WASHINGTON, 27 Okt – Setiausaha Jabatan Negara Amerika Syarikat, Antony J. Blinken menggesa komuniti antarabangsa untuk menyokong usaha bagi menjadikan Taiwan sebagai salah satu negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Beliau dalam satu kenyataan berkata, pengecualian Taiwan dari PBB dan pertubuhan antarabangsa lain telah menjejaskan pelbagai usaha yang membawa manfaat kepada komuniti global.

Tegasnya, Taiwan telah memberikan pelbagai sumbangan dari sudut ekonomi, pendidikan, sains dan  pendidikan.

“Taiwan telah memberikan contoh yang baik kepada dunia dalam usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19 namun mereka tidak dibenarkan untuk menyertai Himpunan Kesihatan Sedunia (World Health Assembly),

“Jutaan pengembara telah menggunakan perkhidmaatan lapangan terbang di Taiwan tetapi mereka tidak mempunyai wakil dalam International Civil Aviation Organization (ICAO),” katanya.

Beliau menambah, majoriti negara anggota PBB melihat Taiwan sebagai negara rakan tetapi mereka masih tersisih dari aktiviti dan himpunan komuniti antarabangsa.

“Para saintis, pakar teknikal, ahli perniagaan, artis, pendidik, pelajar, dan pelbagai lagi figura penting tidak dapat menyertai sebarang aktiviti penting di PBB kerana mereka pemegang pasport Taiwan,” tegasnya.

Beliau menggesa negara-negara anggota PBB untuk menyokong penuh usaha untuk menjadikan Taiwan sebagai ahli rasmi pertubuhan antarabangsa itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply