if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Kes COVID-19 masih tinggi, kaji semula pembukaan sekolah – NGO

Kes COVID-19 masih tinggi, kaji semula pembukaan sekolah – NGO

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Gabungan pertubuhan bukan kerajaan NGO Muda dan Anak Muda menegaskan kerajaan perlu mengkaji semula pembukaan sekolah berikutan kes COVID-19 yang masih begitu tinggi.

“Kebelakangan ini, kes jangkitan covid telah melebihi 20,000 kes setiap hari dan perkara ini agak membimbangkan semua pihak terutamanya ibu bapa di seluruh Malaysia,

“Sehingga hari ini, para pelajar sekolah rendah ataupun sekolah menengah masih belum menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin,” kata gabungan NGO tersebut dalam satu kenyataan.

Menurutnya, majoriti ibu bapa telah melahirkan rasa kebimbangan untuk menghantar anak-anak kembali ke sekolah.

“Kami ingin meminta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) supaya mengkaji semula cadangan pembukaan sekolah secara bersemuka pada 1 September ini,

“Maka segala proses pembelajaran secara atas talian masih dikekalkan,” kata kenyataan itu.

Pada masa yang sama, gabungan NGO terbabit turut menggesa pihak kerajaan untuk supaya mempercepatkan pengedaran komputer riba supaya proses pembelajaran tidak terganggu.

“Menurut Menteri Kanan Pendidikan pada 6 Jun 2021, baki 96 823 unit komputer riba dijangka selesai pada akhir September 2021,

“Ini menunjukkan masih ramai pelajar belum terima komputer riba,” ujarnya.

Selain daripada itu, kerajaan turut digesa untuk memperbaiki capaian internet yang dihadapi oleh para pelajar dan guru dibeberapa kawasan.

“Pihak kementerian perlu perlu bekerjasama dengan pihak yang terlibat untuk mengenalpasti kawasan yang mempunyai pencapaian internet yang lemah dan memberikan akses percuma kepada mereka yang memerlukan,” jelasnya.

Kenyataan yang dikeluarkan secara bersama oleh 16 wakil NGO tersebut turut meminta pihak KPM untuk memberi perhatian serius kepada pembentukan dan pelajaran anak-anak muda kerana golongan tersebut adalah tunjang negara di masa hadapan.

“KPM perlu menjalankan tugas dengan efisien agar pendidikan dan pembelajaran pelajar tidak terjejas,

“Anak-anak remaja merupakan tulang belakan kepada masa depan negara dan nyawa mereka bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan lebih-lebih lagi sewaktu COVID-19 sedang memuncak di dalam negara,” katanya.

Kenyataan bersama oleh gabungan NGO tersebut dikeluarkan secara bersama oleh Arif Fikri (Voice of Pandan); Albert (Unit Pendidikan AMK Malaysia); Ooi Mei Mei (Young Democrats Malaysia); Kiran Raj Sathivel (Ahli Parlimen Belia Malaysia); Ima (Malaysian Student Global Alliance, MSGA);Farzana (MPP Mahasiswa Keadilan Malaysia), Saiful (AIAI Malaysia Chapter), MJ (Enlight Malaysia), Azha (Angkatan Demokrat Berjiwa Rakyat, ADAT); Calvin Yeoh (Mahasiswa Roket); Aisyah Farhanah Mohamed (Liga Rakyat Demokratik dan Parlimen Digital); Shafiq Kassim (Angkatan Demokrat); Iman Norhizam (Ketua Penerangan UMNOSISWA Malaysia); Paveethra Manian (Ketua Program Diploma Kepolisian, School of Investigation and LawEnforcement, Kolej Unikop Milik Koperasi Polis Diraja Malaysia) dan Gurpreet Singh (Gerakan Belia Se-Punjabi Malaysia, GBSM). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply